Pages

Thursday, August 4, 2011

RM1.5j wang palsu diedar di Jakarta

Transaksi naik ketika Ramadan
JAKARTA: Bank Pusat Indonesia mengesan 57,380 helai wang kertas palsu diedarkan sehingga Julai lalu manakala polis memberi amaran sebahagian besar duit itu diedarkan beberapa hari sebelum, ketika dan selepas Ramadan.
Ramadan bulan paling sesuai menggunakan wang palsu kerana meningkatnya transaksi berikutan ramai penduduk membeli makanan, pakaian dan hadiah.
Bank Pusat Indonesia juga menyatakan, kadar wang kertas palsu terbabit dikesan berkurangan daripada 70,104 bagi tempoh sama tahun lalu, lapor The Jakarta Globe.

Nilai keseluruhan wang terbabit ialah 4.34 bilion rupiah (RM1.5 juta). Lebih 48,844 daripada jumlah keseluruhan wang palsu itu diedarkan di Jakarta.

Jurucakap polis Jakarta, Baharudin Djafar berkata, wang palsu biasanya diedarkan di kawasan sesak.

“Pengedaran biasanya dilakukan ketika transaksi berlaku di tempat sesak atau dilakukan dengan cepat seperti di pusat beli-belah dan pasar kerana mangsa tidak mempunyai masa memeriksa wang diterima.
Baharudin berkata, Ramadan bulan yang menawarkan peluang terbaik bagi pengedaran wang palsu kerana orang ramai berbelanja lebih daripada biasa.

Sementara itu, ketua biro pengedaran wang Bank Indonesia, Wijayanti Yuwono berkata, ada cara mudah mengesan ketulenan wang kertas dan sesiapa saja boleh melakukannya.

“Anda boleh merasai perbezaan pada permukaan wang kertas terbabit. Wang palsu biasanya dicetak pada kertas licin dan tidak mempunyai kod braille. Selain itu ia juga biasanya berwarna lebih cerah atau gelap berbanding wang tulen,” katanya. – Agensibharian

No comments: