Tarikh : December 14, 2011
GUA MUSANG - Gara-gara ingin jadi jaguh kuat seks dengan mengambil pelbagai jenis pil dan serbuk herba menambah tenaga kelakian, beberapa lelaki mengakui menimpa musibah penyakit sampingan akibat mengambil ubat terlarang yang dijual di pasaran gelap itu.
Malah, dakwa mereka, selepas pengambilan ubat berkenaan tenaga kelakian yang asalnya masih cergas mula berdepan dengan lesu dan memaksa dirinya mengambil ubatan terbabit secara berterusan untuk melakukan hubungan seks walaupun berdepan risiko.
Difahamkan, ada antara mereka yang sedang menerima rawatan kerana mengalami serangan jantung dan buah pinggang berikutan pengambilan pil itu.
Seorang pengamal ubat tanpa kawalan itu yang enggan namanya disiarkan berkata, kebanyakan kempen penjual pil kuat dan herba tambah tenaga batin itu menyatakan ia hanya untuk kelancaran perjalanan darah sahaja.
Namun katanya, selepas digunakan lain pula dirasainya hingga kadangkala rasa pening untuk tempoh beberapa minit dan ini mungkin kandungan pil serta serbuk terbabit daripada bahan lain yang dilarang sama sekali.
Bagaimanapun, dia mengakui ubat itu bolah menguatkan seks tetapi bukan untuk tempoh lama dan akan kembali lesu serta berdepan risiko pelbagai penyakit.
“Kita mahu pihak berkuasa mengambil langkah lebih tegas termasuk memeriksa kedai kopi yang dipaparkan pelbagai minuman dipercayai mengandungi bahan yang boleh menguatkan tenaga batin tanpa ada kelulusan.
“Selain itu, strategi peniagaan lain juga turut dipapar termasuk penjualan pil kuat menerusi Internet tanpa dirujuk kementerian kesihatan yang menjamin kesihatan,” katanya.
Seorang lagi pengguna juga tidak mahu namanya disiarkan berkata, amalan penggunaan pil luar kawalan itu memang boleh membahayakan kesihatan kerana sudah ramai mereka yang mencubanya dibebani dengan risiko penyakit bahaya.
Namun, dia mengakui pil dan minuman kesihatan yang dicampur bersama herba kuat itu sentiasa ada di pasaran dan ia dijual secara sulit kepada individu tertentu yang berminat sahaja.
“Pelbagai jenis pil dan minuman kesihatan dikeluarkan syarikat tertentu hingga ada antaranya diubah kota atau sarung luar bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa yang dijual dengan harga RM5 bagi satu pek.
“Memang ramai yang mengetahui mengenai perkara itu, tetapi ada yang masih berminat mencubanya” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment