Pages

Wednesday, December 14, 2011

Bilionair Rusia cabar Putin


MOSCOW 13 Dis. - Bilionair Rusia, Mikhail Prokhorov (gambar) akan mencabar Perdana Menteri, Vladimir Putin pada pilihan raya Presiden Rusia pada Mac ini, dipercayai untuk mengambil kesempatan daripada kemarahan pengundi terhadap keputusan pilihan raya Parlimen Rusia, baru-baru ini.

Prokhorov, 46, mengumumkan rancangannya itu semalam.

Bilionair yang memiliki pasukan bola keranjang New Jersey Nets di Amerika Syarikat (AS) itu menggambarkan keputusannya untuk mencabar Putin, bekas ejen KGB yang mendominasi politik Rusia sejak 12 tahun lalu, sebagai 'keputusan paling serius dalam hidup saya'.

Pengumumannya dibuat hanya beberapa hari selepas lebih 50,000 orang berhimpun dekat Kremlin membantah keputusan pilihan raya Parlimen pada 4 Disember lalu, yang menyaksikan parti Kesatuan Rusia pimpinan Putin memenangi 238 kerusi di Duma (Parlimen) yang mempunyai 450 kerusi, merosot daripada 315 kerusi yang dimenanginya pada 2007.

Dengan kekayaan dianggar bernilai AS$18 bilion (RM54 bilion) oleh majalah Forbes, Prokhorov terus menjadi tokoh misteri yang mengharungi liku-liku politik Kremlin dan dunia perniagaan sengit di Rusia untuk membina sebuah empayar logam. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: