Pages

Wednesday, December 14, 2011

Sebulan dikurung kekasih Mat Afrika

KUALA LUMPUR: Gara-gara kemaruk cinta, seorang wanita warga emas dari Australia dikatakan sanggup datang dari jauh ke negara ini semata-mata mahu menemui kekasihnya yang berasal dari Afrika.

Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 60-an itu membawa padah apabila mangsa dipercayai dikurung lelaki berkenaan di sebuah penempatan kolej swasta di Nilai, selama hampir sebulan sebelum diselamatkan polis, Ahad lalu.


Difahamkan, wanita berasal dari Sydney itu pernah mengunjungi negara ini beberapa kali dipercayai untuk menemui kekasihnya, seorang pelajar kolej di Nilai selepas mereka berkenalan menerusi laman sembang sosial.

Sumber berkata, suspek dan dua rakannya berusia 20-an mengurung wanita itu dalam rumah berkenaan dipercayai bagi mendapatkan wang tebusan daripada rakan senegara mangsa.


“Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai menghantar e-mel kepada rakannya di Australia selepas dua minggu berada di negara ini memaklumkan dikurung teman lelakinya itu.


“Malah, mangsa meminta rakan senegaranya menyediakan wang berjumlah AS20,000 (kira-kira RM60,000) bagi membebaskannya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Sumber itu berkata, rakan mangsa kemudian melaporkan kejadian berkenaan kepada Kedutaan Australia di sini, yang kemudian meminta polis menyelamatkan mangsa.


Katanya, susulan itu, polis mengesan lokasi mangsa disembunyikan dan menyerbu sebuah apartmen di Nilai, Ahad lalu sebelum menemui wanita itu dalam sebuah bilik tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis menahan tiga lelaki Afrika termasuk lelaki yang mendakwa sebagai teman lelaki mangsa.

myMetro | Sebulan dikurung kekasih Mat Afrika:

'via Blog this'

No comments: