Pages

Wednesday, December 14, 2011

Empat beranak dipenjara sabit pembunuhan selamat maruah

BRUSSELS: Mahkamah Belgium, semalam menjatuhkan hukuman penjara terhadap empat ahli keluarga berketurunan Pakistan kerana membunuh anak perempuan mereka yang juga pelajar undang-undang dalam perbicaraan ‘pembunuhan untuk selamat maruah’ yang pertama di negara itu.

Selepas keempat-empat ahli keluarga itu disabitkan bersalah kerana menembak Sadia Sheikh, 20, pada Oktober 2007, pihak juri menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun kepada Tarik Mahmood Sheikh (bapa), 20 tahun kepada Zahida Parveen Sariya (ibu), 15 tahun kepada Mudusar (abang) dan lima tahun kepada Sariya (kakak), lapor media.


Sadia yang memalukan keluarga dengan hidup bersama seorang lelaki Belgium dan menolak perkahwinan diaturkan untuknya ditembak mati oleh Mudusar. Peguam keluarga itu berkata, Mudusar yang mengakui menembak mati adik perempuannya dihukum lebih ringan berbanding ibu bapanya kerana mereka yang mengarahkan supaya Sadia dibunuh. - AFP

myMetro | Empat beranak dipenjara sabit pembunuhan selamat maruah:

'via Blog this'

No comments: