Pages

Wednesday, December 14, 2011

Gempa magnitud 7.1 gegarkan Papua New Guinea

PORT MORESBY: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 menggegarkan Papua New Guinea, hari ini, sehingga menggegarkan bangunan di sekitarnya.

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda am 3.04 petang (waktu tempatan) dicatatkan pada ukuran magnitud 7.3, sedalam 121 kilometer barat laut pesisir bandar Lae dan 221 km dari ibu kota bandar Pelabuhan Moresby.
Saksi yang berada di tempat kejadian, berkata orang ramai kelihatan bertempiaran keluar dari bangunan dan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta bergoncang. - AFP
Berita Harian Online | Gempa magnitud 7.1 gegarkan Papua New Guinea:

'via Blog this'

No comments: