TRIPOLI

TRIPOLI - Puluhan ribu penunjuk perasaan Libya berkumpul di bandar Benghazi, timur Libya, kelmarin, sebagai tanda kecewa terhadap kerajaan baru negara itu yang dibentuk selepas penggulingan bekas pemimpin Muammar Gaddafi.

Antara 20,000 dan 30,000 penunjuk perasaan menyertai demonstrasi terbesar sejak pemberontakan terhadap Gaddafi bermula di Benghazi, Februari lalu.

Penunjuk perasaan menuntut perubahan dilakukan dalam kerajaan sementara Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dan mahu semua pegawai kerajaan yang mempunyai kaitan dengan pemerintahan Gaddafi dibuang.

Gaddafi digulingkan melalui pemberontakan yang bermula dengan protes di Benghazi sebelum ia bertukar menjadi perang saudara, dengan kumpulan pemberontak disokong oleh kuasa Barat.

NTC kini sedang berusaha memulihkan semula Libya, namun perpecahan puak di Libya menjadi caba-ran besar kepada mereka.