Pages

Friday, September 9, 2011

Usia kahwin paling lama

HANOI: Dua warga emas di Vietnam berhasrat memecahkan rekod perkahwinan paling lama di dunia.

Huynh Van Lac, 110, dan isterinya Nguyen Thi Lanh, 106, memecahkan rekod nasional untuk perkahwinan mereka selama 82 tahun minggu lalu, kata Pengarah Vietnam Records Book Centre, Le Tran Truong An.
“Kami akan menghantar rekod perkahwinan paling lama kepada Guinness World Records selepas selesai kertas kerja,” katanya.
Lac berkata, rahsia perkahwinan panjang mereka ialah tahu bagaimana menyesuaikan diri untuk hidup antara satu sama lain dan mengelak bertengkar.
“Orang ramai perlu tahu bagaimana berkongsi kegembiraan dan kesedihan antara satu sama lain,” katanya.

Lanh berkata, adalah penting untuk ‘sering melakukan senaman dan cuba berfikir positif.’

Menurut Guinness World Records, Herbert Fisher dan Zelmyra Fisher dari Amerika Syarikat berkahwin selama 86 tahun. Herbert meninggal dunia awal tahun ini. – Agensi 

No comments: