Pages

Friday, September 9, 2011

INTERPOL arahkan Gaddafi ditangkap

PARIS: INTERPOL mengeluarkan notis merah, iaitu pemberitahuan paling dikehendaki bagi penahanan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi termasuk anak lelakinya, Seif al-Islam dan bekas ketua risikan tentera, Abdullah al-Senoussi.

Tindakan itu adalah maklum balas terhadap permintaan pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa mahukan individu berkenaan ditangkap atas tuduhan jenayah kemanusiaan.
Notis terbabit dikeluarkan kepada 188 negara ahlinya.
Sementara itu, Gaddafi masih belum kelihatan di tempat awam sejak berbulan dan difahamkan menyembunyikan diri selepas pejuang anti-rejim terbabit mengambil alih Tripoli pada 21 Ogos lalu. - AP 

No comments: