Pages

Friday, September 9, 2011

Palestin lancar kempen sertai PBB



RAMALLAH - Palestin semalam melancarkan kempen secara rasmi semalam untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai anggota penuh.
Kira-kira 100 pegawai Palestin dan aktivis berkumpul di sebuah pejabat PBB di Ramallah dalam satu majlis ringkas berhubung kempen tersebut.
Mereka menyatakan hasrat tersebut menerusi sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon bagi menyuarakan sokongan ke atas penduduk Palestin.
Surat itu diserahkan oleh seorang wanita berusia 70 tahun, Latifa Abu Hmeid yang kehilangan seorang anak lelakinya dalam pertempuran dengan tentera Israel.
Dia turut mempunyai tujuh orang lagi anak yang ditahan dalam penjara di Israel kerana melakukan aktiviti militan pada pandangan rejim Zionis.
- Agensi

No comments: