Pages

Friday, September 9, 2011

Tuah umur panjang nenek Piah


JIRAN-JIRAN melihat kesan kebakaran rumah Piah Hussin di Kampung Duyong, Semabok, Melaka malam kelmarin.

MELAKA – Nasib menyebelahi seorang warga emas yang selama ini tinggal bersendirian di rumahnya di Kampung Duyong, Semabok Dalam di sini apabila dia terselamat ketika kediamannya hangus dalam kebakaran bermula pukul 10.05 malam kelmarin.
Hal tersebut berlaku kerana ketika kejadian, Piah Hussin, 77, sudah tiga hari dimasukkan ke Hospital Melaka di sini untuk mendapatkan rawatan kerana kencing manis dan darah tinggi.
Kebakaran tersebut disedari oleh cucunya, Aqilah Razak, 17, apabila terdengar jeritan salah seorang jiran memanggil ibu dan bapanya memberitahu rumah neneknya yang terletak di hadapan rumahnya terbakar.
“Ketika itu, cuma saya, ibu dan empat adik berada di rumah manakala ayah menemani nenek di hospital sejak dimasukkan ke wad Ahad lalu kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi.
“Saya terkejut apabila mendapati api sudah marak dan terus menyelamatkan adik-adik manakala ibu mengalihkan dua kereta yang diletakkan di hadapan rumah,” katanya ketika ditemui di sini malam 

No comments: