DESA YATMA: Sekumpulan penyangak Yahudi menconteng sebuah lagi masjid di Tebing Barat dan membakar dua kereta penduduk serta menebang pokok zaitun milik petani Palestin dalam serangan awal semalam.
Masjid di desa Yatma kira-kira 10 kilometer di selatan Nablus itu diconteng dengan semburan cat bertulis ‘tanda harga’ dan ‘Migron’ merujuk kepada kawasan penempatan Yahudi yang diroboh oleh tentera Israel Isnin lalu. Penduduk Yahudi yang taksub menggunakan dasar ‘tanda harga’ ketika menyerang rakyat Palestin dan harta mereka sebagai tindak balas terhadap langkah pihak berkuasa Zionis ke atas kawasan penempatan Yahudi.
Ia adalah kali kedua dalam tempoh tiga hari penduduk Yahudi menyerang masjid dan menconteng perkataan ‘Migron’ pada dinding rumah ibadat itu.
Isnin lalu, mereka cuba membakar sebuah masjid serta menconteng temboknya dengan kata-kata yang menghina Nabi Muhammad (SAW). - Reuters

No comments:
Post a Comment