Pages

Thursday, September 8, 2011

Saudi naikkan wang darah

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi semalam menaikkan had diyyah atau wang darah untuk pembunuhan dengan niat dan tanpa niat, kepada SR400,000 (RM318,322) dan SR300,000 (RM238,741).
Menurut undang-undang Syariah yang diamalkan di negara itu, seseorang yang didapati bersalah membunuh dengan niat, mesti dihukum bunuh kecuali keluarga mangsa bersedia menerima wang darah.
Untuk seseorang yang didapati bersalah kerana membunuh tanpa niat, hanya wang darah perlu dibayar.

Menurut undang-undang itu, jumlah wang darah mestilah bersamaan dengan harga 100 ekor unta.


Keputusan menaikkan had diyyah mendapat persetujuan kerajaan atas permintaan Mahkamah Tinggi.

Lembaga Ulama Kanan membincangkan isu itu kerana had wang darah yang ada sekarang ditetapkan berdasarkan kadar 30 tahun lalu.

Kadar baru itu menggambarkan nilai sekarang.

Wang darah untuk kesalahan membunuh dengan niat dinaikkan kepada SR400,000 (RM318,322) daripada SR110,000 (RM87,529). Kadar untuk kesalahan membunuh tanpa niat dinaikkan daripada SR100,000 (RM 79,574) kepada SR300,000 (RM238,741).

Hakim dan pakar undang-undang berpendapat kenaikan kadar wang darah negitu tinggi akan dapat mengurangkan kadar jenayah di Arab Saudi.

Syarikat insurans kereta juga dijangka mendapat manfaat daripadanya dan akan meningkatkan kadar premium.

Lutfi Al-Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Insurans MedGulf, berkata: “Kenaikan premium insurans disebabkan kenaikan wang darah memang tak dapat dielakkan. Bagaimanapun, kenaikan premium itu tidak akan terlalu tinggi.”

Fawaz Al-Hiji, Pengarah Kemajuan Syarikat insuran Al-Tawiniya berkata, syarikatnya akan menjalankan kajian untuk menetapkan kadar insuran baru, selaras dengan kadar baru wang darah. - SG

1 comment:

mcm ni lah said...

jom terjah ke blog sy ade pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,
tajuk hot utk hari ini,
video cctv kedai mamak dirompak di shah alam,
safee sali sah ke cardiff city utk percubaan,
vaksin denggi ditemui,
dan pelbagai info2 terkini yg wajib rakyat malaysia baca utk info anda semua,