Pages

Friday, September 2, 2011

Penarik kereta mati ditembak ketika minum


mangsa tertiarap selepas mati ditembak dari jarak dekat di Taman AST, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang penarik kereta mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran di Taman AST di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.50 pagi, mangsa P. Vickneswaran, 33, dikatakan sedang minum bersama rakan-rakannya sebelum didatangi seorang lelaki memakai topi keledar dan berjaket gelap.
“Lelaki itu turun dari motosikal dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid.
Mangsa yang terkena tiga das tembakan di belakang badan dan satu das di kepala mati di tempat kejadian.
Seorang rakan mangsa pula cedera di paha kiri apabila sebutir peluru yang menembusi badan mangsa terkena pula paha rakannya itu.kosmo

No comments: