Pages

Wednesday, January 20, 2010

Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, Seberang Perai Pulau Pinang.






Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, Seberang Perai Pulau Pinang.



Bagi menjana pendapatan Yayasan terutamanya kos pengurusan Maahad Tahfiz An-Nahdoh, Pra-Tahfiz Raudatul Atfal dan program pengajian Madrasah An-Nahdhoh, pihak Yayasan menjalankan aktiviti perniagaan dan antara yang utama ialah Hotel An-Nahdhoh.



Pihak Yayasan menjemput semua pihak untuk mengadakan akitiviti dan program di Hotel An-Nahdhoh. Antara pakej yang kami sediakan:



1. Pakej Penginapan keluarga.

menginaplah di hotel berciri Islamik dengan persekitaran yang hijau dan mendamaikan. Ikuti kuliah-kuliah pengajian kitab lama/kuning di Madrasah yang disampaikan sendiri oleh YDP Yayasan, Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Mutalib bin Haji Maarof sepanjang menginap di Hotel ini terutamanya Kuliah Perdana pada setiap pagi Sabtu.



2. Pakej Jamuan

Bercadang untuk mengadakan jamuan akhir tahun syarikat, jamuan makan keluarga bahkan kenduri perkahwinan. Kami menyediakan dewan yang selesa untuk jamuan yang selesa. Untuk majlis perkahwinan, lapangan yang luas disediakan dan tak perlu risau tentang waktu solat. Ruang solat madrasah cukup untuk memberi keselesaan kepada pengunjung dan tetamu untuk bersolat.



3. Pakej Seminar & Mesyuarat.

Dua dewan seminar disediakan kepada yang berhajat menganjurkan seminar di Yayasan An-Nahdhoh. Dewan serba lengkap ini berada di tingkat atas Madrasah yang pastinya akan memberi keselesaan kepada peserta seminar untuk bersolat. Setiap satu dewan seminar ini mampu untuk mengisi sehingga 500 peserta untuk satu-satu masa (teater style).



Untuk maklumat lanjut; sila hubungi 04-521 3500 atau Jafri Abu Bakar 019-590 6504.



Yayasan AnNahdhoh Pulau Pinang

Hotel AnNahdhoh

Madrasah Annahdhoh

Maahad Tahfiz AnNahdhoh

Pra-Tahfiz Raudatul Athfal

Pusat Pengajian Raudatul Athfal



843 Mk 5, Kg Petani,

Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang



Mohon untuk dihebahkan. Moga ada keberkatan.

1 comment:

Anonymous said...

Saya menghantar ank saya d tadika yayasan an-nahdhoh..saya mengambil pakej dr pukul 7.30pg-6ptg..ank saya berumur 4thn.apa yang mengecewakn saya..pihak tadika tidak memberikan perhatian yg spenohnya thadap ank saya.susu yg saya bekal kn tidak diberi pd ank saya..seharian d tadika tidak diberi susu..