Pages

Tuesday, August 9, 2011

Umat Islam digesa bantu Somalia


Anisa Osman, bayi perempuan berusia enam bulan yang kekurangan zat dan menghidap hydrocephalus, terbaring di wad pediatrik di Hospital Banadir di Mogadishu, Somalia dalam gambar 7 Ogos ini. - REUTERS

ANKARA 8 Ogos - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa umat Islam menghulurkan bantuan kecemasan kepada penduduk Somalia yang dilanda kebuluran akibat kemarau, terutamanya pada bulan Ramadan ini.
Somalia sedang mengalami tragedi kemanusiaan yang besar dan kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak, kata Ihsanoglu, menurut laporan agensi berita Turki, Anadolu.
"Bilangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang maut di Somalia dalam tempoh tiga bulan lalu sudah mencecah 29,000 orang," kata beliau dalam pertemuan dengan anggota Majlis Arab Saudi-Turki dan Konsul Jeneral Turki di Jeddah, Salih Mutlu Sen semasa majlis berbuka puasa, kelmarin.
Somalia kini mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun, tertumpu di kawasan sempadan dengan Kenya dan Habsyah.
Turut dilanda kemarau ialah Uganda dan Djibouti.
Selain kemarau, berpuluh-puluh ribu penduduk Somalia terpaksa melarikan diri disebabkan krisis kemanusiaan di rantau tersebut.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) buat kali pertama pada abad ini mengisytiharkan krisis kebuluran di Somalia, termasuk di Mogadishu dan di empat wilayah di selatan Somalia, dan memberi amaran masalah kebuluran boleh merebak.
Sebahagian besar daripada selatan Somalia, termasuk kebanyakan kawasan yang diisytiharkan mengalami kebuluran oleh PBB, dikuasai pemberontak Shebab yang terus melarang beberapa agensi bantuan utama daripada beroperasi.
"Somalia yang dilanda kemarau sedang menghadapi krisis kemanusiaan terburuk di dunia hari ini dan krisis bekalan makanan terburuk di Afrika sejak kebuluran di negara itu pada 1991-92," menurut amaran PBB. - Bernama/AFP-utusan

2 comments:

Fitri said...

Bagaimana nak bantu nie. Tak ada tabung Somalia ke

Abu Hatim said...

kena pi somalia la!!ha ha..