KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas tidak menyangka tindakannya ke dapur untuk mendapatkan segelas air telah menyelamatkan nyawanya apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh bilik tidur di rumahnya di Jalan Kamaruddin di sini malam Isnin.
Jamillah Abdul Rahman, 63, berkata kejadian pada 10.30 malam itu berlaku hanya beberapa saat setelah beliau meninggalkan bilik tidurnya.
"Saya tidak percaya setelah melihat sebuah kereta dalam bilik saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.
Jamillah berkata suaminya Wan Harun Awang, 64, yang baru pulang daripada menunaikan solat terawih, juga bernasib baik kerana berada di ruang tamu ketika itu.
Wan Harun membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan merancang untuk membaiki rumah secepat mungkin.
Pemandu kereta Proton Wira itu, Mohd Shah Isniza Ismail, 20an, berkata kejadian berlaku kerana dia ketika itu tergesa-gesa untuk pergi ke rumah tunangnya.
"Entah bagaimana saya hilang kawalan kereta," katanya. - BERNAMAmstar
No comments:
Post a Comment