Pages

Tuesday, August 9, 2011

Saudi desak Syria laksana perubahan

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, Raja Abdullah juga menggesa pemimpin Syria bertindak menghentikan pertumpahan darah sebelum terlambat.“Kerajaan Arab Saudi tidak boleh menerima keadaan di Syria kerana perkembangan yang berlaku tidak wajar,” kata Raja Abdullah. Beliau mendesak kerajaan Syria memperkenalkan pembaharuan serta-merta dan menyeluruh.
“Masa depan Syria terletak antara dua pilihan. Sama ada ia bersedia melaksanakan pembaharuan atau terus terjerumus ke dalam kancah kekacauan yang lebih teruk,” kata Raja Saudi itu.

Beliau berkata, tindakan ganas terhadap penunjuk perasaan seperti yang berlaku di Syria adalah tidak bermoral dan bertentangan dengan ajaran Islam. - Agensihmetro

No comments: