Pages

Tuesday, August 9, 2011

Mahkamah benar Anwar temu bual Najib, Rosmah


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika hadir perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapi Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Mahkamah Tinggi membenarkan dua permohonan Anwar, 63, untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat itu. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum Ketua Pembangkang itu memberikan keterangan membela diri dalam kes liwatnya.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata, apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, menjadi tanggungjawab pendakwaan memastikan kehadiran semua saksi ke mahkamah. Katanya, pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi tertakluk kepada syarat saksi itu, yang bersetuju untuk ditemuramah. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, berkata berikutan perintah mahkamah itu, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk membuat urusan menemubual saksi.Mohamed Yusof berkata, beliau sudah berbincang dengan peguam Anwar, Karpal Singh dan pihaknya memohon tempoh seminggu untuk mengaturkan supaya saksi hadir ke mahkamah kerana dua daripada saksi itu berada di Indonesia.Mohamad Zabidin kemudian menetapkan 15 hingga 26 Ogos ini bagi mendengar pembelaanKetika ditemui di luar mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, berkata dengan perintah mahkamah itu, semua saksi perlu hadir di mahkamah minggu ini untuk ditemubual pihak pembelaan.Dalam permohonan itu, Anwar memohon mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan memastikan kehadiran semua saksi ditawarkan di akhir kes mereka kepada mahkamah untuk ditemu bual pihak pembelaan.Lima saksi utama yang mahu ditemu bual adalah Najib dan Rosmah; pemilik unit kondominium kejadian liwat didakwa berlaku, Hasanuddin Abd Hamid; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof. bharian

No comments: