Pages

Tuesday, August 9, 2011

Jari Taliban dijadi cenderahati

LONDON: Seorang tentera Britain yang bertugas di Afghanistan didakwa memotong jari-jemari pejuang Taliban yang terbunuh untuk dijadikan cenderahati.
Tentera terbabit yang bertugas dengan pasukan Argyll and Sutherland Highlanders dari batalion Rejimen Diraja Scotland dikatakan melakukan perbuatan itu ketika berkhidmat di Afghanistan sebelum misi mereka berakhir pada April lalu.
Jika dakwaan itu dibuktikan benar, ia pasti mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia yang selama ini sentiasa menghormati mana-mana jenazah dengan mengebumikannya dengan sempurna. Media tempatan melaporkan, Kementerian Pertahanan kini menjalankan siasatan rapi terhadap dakwaan dianggap “terlalu serius” itu. Malah, lapor media, Cawangan Siasatan Khas - sebuah unit elit dalam tentera Britain - diarahkan memberikan perhatian khas kepada kes berkenaan Sumber berkata, dakwaan itu menggoncang batalion Argyll and Sutherland Highlanders. Katanya, kes berkenaan bukan dilakukan secara meluas, sebaliknya hanya dilakukan seorang daripada anggota mereka yang dihantar bertugas di Afghanistan.Misi Afghanistan itu adalah yang pertama untuk tentera terbabit. “Ada kemungkinan dia mengalami tekanan perasaan sehingga mendorongnya melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.Pemimpin parti Demokratik Liberal Scotland, Willie Rennie, menggesa kerajaan bertindak segera menangani dakwaan berkenaan. Jika tindakan gila itu berlaku akibat trauma melampau pada anggota tentera, pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan anggota lain mengalaminya,” katanya.Kolonel kehormat Tentera Kadet Argyll and Sutherland Highlanders, Clive Fairweather, berkata dia terkejut dengan dakwaan berkenaan. Katanya, sepanjang latihan, tentera diarah supaya menghormati mayat musuh. Mengambil mana-mana anggota badan mayat musuh pasti mencetuskan kemarahan orang awam ditempat berkenaan,” katanya. Sementara itu, Kementerian Pertahanan Britain tidak mendedahkan jumlah dakwaan sebenar kes berkenaan kerana ia masih disiasat. - TShmetro

No comments: