Pages

Tuesday, August 9, 2011

Arab Saudi panggil pulang duta di Syria



DAMSYIK - Arab Saudi memanggil pulang dutanya ke Damsyik manakala Liga Arab mengutuk keganasan yang berlaku di Syria.
Tindakan yang mengejut daripada Arab Saudi itu meningkatkan ketegangan ke atas Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
"Arab Saudi mengumumkan pemanggilan semula dutanya untuk berbincang," kata pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dibuat selepas tentera Syria dilaporkan membunuh lebih 50 orang kelmarin.
Kenyataan Raja Abdullah itu menegaskan bahawa Damsyik perlu menghentikan pembunuhan dan pertumpahan darah sebelum terlambat.
"Negara beraja ini tidak menerima situasi di Syria kerana perkembangannya tidak wajar," kata Raja Abdullah.
Syria dilanda dengan tunjuk perasaan bagi menuntut demokrasi di negara itu selepas kejayaan penduduk Mesir menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden.
- Agensikosmo

No comments: