Pages

Tuesday, August 9, 2011

Gambar tanah runtuh di Sungai Ruil, Cameron Highland


gambar tanah runtuh cameron highland 1






SEDIH...Sukainai (kanan) bersama abang dan kakaknya tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan ibu, ayah dan adik mereka dalam tragedi tanah runtuh.
Rashidi Anjang Shah,15, (kiri) menenangkan sepupunya, Zulkarnain Jaafar,18, ketika menunggu untuk menuntut mayat bapanya di perkarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom dekat Cameron Highlands. - Foto Ikhwan Munir
TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Datuk Liow Tiong Lai dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany (kiri) mententeramkan Tok Batin Telanok, Simang Gunung ketika melawat anggota keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di perkarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom, hari ini. - Foto Ikhwan Munir
Munjut Kelet, 70, (kanan) bersama sanak saudaranya bersedih selepas kehilangan menantu dan cucunya dalam tragedi tanah runtuh dan menunggu untuk menuntut mayat anggota keluarganya di perkarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom dekat Cameron Highlands. - Foto Ikhwan Munir
KAKITANGAN Jabatan Kebajikan Masyarakat Cameron Highlands, Zahid Manaf (kanan) dan Aslina Hasan (dua dari kanan) sibuk menjalankan tugas mengagihkan bantuan tanah runtuh di penempatan sementara tanah runtuh di Dewan SJKC Brinchang. - Foto Sairien Nafis
PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail bertanya sesuatu kepada sebahagian mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di Brinchang. - Foto BERNAMA

ANGKAT...mangsa yang berjaya diselamatkan, malam tadi.
ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto: L Manimaran (08/08/2011)
MANGSA yang maut dalam tragedi tanah runtuh dibawa menaiki trak untuk dihantar ke hospital di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto: L Manimaran (08/08/2011)






MANGSA yang cedera dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dekat Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya
PANJANG UMUR... Bah Anjang patah bahu kanan dan tulang punggung.

2 comments:

azmie said...

genting ka cameron? caca marba betoi la

Abu Hatim said...

terima kasih kerana tolong perbetul...