Pages

Tuesday, August 9, 2011

Ramai mengeluh caj hotel di Makkah mahal

Kos tinggi sekat hayati Ramadan lebih lama di Masjidilharam MAKKAH: Sewa yang terlalu tinggi penginapan di sekitar Masjidilharam sepanjang bulan Ramadan memusnahkan hasrat ramai jemaah yang mahu menghayati bulan mulia dengan memperbanyak ibadat lebih lama di Tanah Suci itu. Hasrat saya menjalani ibadat Ramadan dalam suasana kerohanian di Masjidilharam tidak kesampaian kerana sewa hotel di sekitar masjid itu terlalu mahal,” kata jemaah tempatan, Muhammad Husain. Begitupun, kebanyakan tempat menginap di Makkah penuh sejak permulaan Ramadan tahun ini, walaupun harga bilik hotel melambung.Apa yang pasti, keluarga berpendapatan sederhana tidak mampu tinggal di kawasan berdekatan Masjidilharam kerana sewa tinggi sehingga 7,000 riyal (RM5,604) sehari.Bagi jemaah yang tidak terlalu kaya, selepas menunaikan umrah mereka segera meninggalkan Makkah menuju Taif atau Jeddah kerana sewa hotel lebih berpatutan, lapor akhbar al Riyadh.Atas sebab itu, pelbagai pihak menuntut kerajaan bertindak ke atas pemilik hotel yang tamak kerana lebih mengutamakan keuntungan besar.Sewa bilik pada musim Ramadan meningkat dua kali ganda dengan purata harga sewa semalam di hotel satu bintang mencecah 4,000 riyal (RM3,202) pada minggu pertama Ramadan dan ia dijangka meningkat di akhir bulan itu.Bagaimanapun, 90 peratus bilik hotel sudah penuh ditempah untuk akhir Ramadan.Bagi suite hotel pula sewanya 10,000 riyal (RM8,005) sehari untuk 10 hari pertama bulan Ramadan. Sewa bilik hotel berbeza kerana bergantung kepada kategori penginapan dan jarak paling dekat di antara hotel ke Masjidilharam, tambah laporan itu yang dipetik akhbar di sini.Kenaikan melampau harga sewa di Makkah disebabkan permintaan pasaran yang tinggi berikutan kekurangan jumlah bilik yang ditawarkan.Lebih 3,000 hartanah kebanyakan hotel dan apartmen untuk penginapan jemaah dirobohkan ketika pembersihan tanah untuk perluasan pekarangan utara Masjidilharam.Walaupun ada lebih 700 hotel di lokasi yang tidak jauh dari zon pusat, sebab utama kenaikan sewa yang melambung kerana cuti sekolah dan Ramadan jatuh pada tarikh sama tahun ini.Adalah perkara biasa bagi keluarga Arab Saudi mahu menghabiskan cuti mereka di satu daripada dua kota suci. Perkara inilah yang menyumbang peningkatan harga sewa bilik,” kata pengusaha hotel, Saeed Al-Saleh. – Agensi bharian

No comments: