Pages

Tuesday, August 9, 2011

Muka budak cedera kena mercun


FAKHRUL DANISH terbaring di katil wad Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar semalam akibat terkena mercun.



ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera di muka akibat terkena mercun bola di Taman Teja, Changlun dekat sini Sabtu lepas.
Fakhrul Danish Fadzil, pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Kemara, Changlun dikatakan sedang melihat abang dan rakannya bermain mercun sebelum ia meletup secara tiba-tiba dan terkena mukanya.
Ibu mangsa, Manisah Mohd., 41, memberitahu, ketika kejadian dia sedang menyiapkan juadah berbuka di rumah pada pukul 6.30 petang.
“Fakhrul ada beritahu hendak pergi ke taman permainan untuk bermain bersama kawan-kawannya tetapi pada pukul 7 petang iaitu 10 minit selepas dia keluar, dia balik bersama abangnya dengan muka merah dan abangnya beritahu Fakhrul terkena mercun,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.kosmo

No comments: