Mazlan (berdiri) bersama anggota UPP memeriksa pil kuda yang dirampas dalam operasi 'Ops Letup' di Bukit Yong. |
UPP rampas dadah RM280,000 dalam operasi 'Ops Letup'
PASIR PUTEH: Taktik penyeludupan dadah yang membawa barangan itu melalui bas ekspres bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terbongkar, apabila Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas bungkusan mengandungi pil kuda bernilai RM280,000 dalam operasi 'Ops Letup' pada sekatan jalan raya di Bukit Yong, malam kelmarin.
Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid, berkata berikutan itu seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bagi siasatan lanjut.
"Pada mulanya kita tidak tahu siapa pemilik sebenar beg berkenaan tetapi selepas siasatan dilakukan, kita menemui pakaian milik suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi itu.
Mazlan berkata, pihaknya percaya pil berkenaan diperoleh dari negara jiran bagi pasaran di negeri berkenaan.
"Kami menyedari kegiatan penyeludupan melalui bas ekspres dan operasi kali ini buat pertama kalinya pihak kami berjaya melakukan rampasan dadah,” katanya. -bharian
No comments:
Post a Comment