Pages

Friday, August 12, 2011

Najib, Rosmah hadir di mahkamah berhubung kes liwat Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim mendengar peguamnya Karpal Singh ditemuramah oleh pemberita sebelum meninggalkan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini selepas mendengar penerangan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada mahkamah berhubung kes liwat beliau bersama Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Foto Mohd Fadli Hamzah
DATUK Seri Anwar Ibrahim mendengar peguamnya Karpal Singh ditemuramah oleh pemberita sebelum meninggalkan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, hari ini selepas mendengar penerangan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada mahkamah berhubung kes liwat beliau bersama Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib dan Rosmah tiba pada jam 2.55 petang untuk bertemu pasukan peguam bela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh.
Mereka tiba 15 minit lebih awal daripada pasukan peguam bela Anwar.
Perdana Menteri dan isteri bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat Tingkat Tujuh kompleks berkenaan.

Najib dan isteri meninggalkan kompleks itu pada jam 3.28 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di sini, hari ini, Najib berkata kehadirannya di Kompleks Mahkamah itu adalah sebagai menghormati keputusan yang sudah dibuat hakim.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan dua permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.
Sementara itu, Karpal Singh berkata Najib dan Rosmah menolak untuk di temu bual bagi kes perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan dan kedua-duanya juga tidak mahu menjadi saksi pembelaan dalam kes itu.

Najib berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi itu dan "saya sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, tidak kiralah apa jua jawatan."

Perdana Menteri berkata sebab itu beliau hadir ke majlis tersebut dan sudah memaklumkan pendiriannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan perkara yang dimaklumkannya kepada peguam bela Anwar kerana beliau sudah "sampaikan(nya) mengikut hak saya."

"Saya tahu apa hak saya dan saya sudah sampaikan kepada pihak peguam yang mewakili Anwar, dan Anwar juga ada di situ," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kehadirannya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. - BERNAMA -bharian

No comments: