Pages

Friday, August 12, 2011

Dua tentera dilepas, dibebas




DARI kiri MOHD. RASHID,MOHD. JOHARI


KANGAR – Dua anggota tentera terselamat daripada meringkuk dalam penjara selama 15 tahun setelah mereka dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam daripada tuduhan memperdagangkan 16 warga Myanmar tahun lalu.
Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memutuskan Koperal Mohd. Rashidi Abd. Halim, 37, dan Prebet Mohd. Johari Abu, 28, dari kem Bukit Kayu Hitam, Kedah tidak lagi akan dipanggil untuk membela diri selepas keputusan tersebut.
Menurut beliau, dua anggota tentera itu didapati tidak bersalah setelah pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan di bawah Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
“Setelah mendengar keterangan saksi, hujah pembela dan pendakwa, mahkamah memerintahkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.
Perjalanan kes tersebut memakan masa hampir lapan bulan dengan sembilan orang saksi dipanggil. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shalihah Sulaiman manakala kedua-dua tertuduh diwakili Rahanthullah Baharudeen.-kosmo

No comments: