Pages

Friday, August 12, 2011

Israel terus bina 1,600 unit apartmen haram




Gambar fail bertarikh 10 Mei 2010 merakamkan pekerja-pekerja Palestin sedang bekerja dalam projek pembinaan penempatan haram Yahudi di Ramat Shlomo, timur Baitulmaqdis - AFP


BAITULMAQDIS 11 Ogos - Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yishai telah memberi kelulusan bagi pembinaan 1,600 apartmen sebagai penempatan haram Yahudi di timur Baitulmaqdis, kawasan yang menjadi pertikaian dengan Palestin.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Roi Lachmanovich berkata, kelulusan untuk pembinaan 2,700 lagi apartmen turut akan dibuat pada minggu depan.
Menurutnya, pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu turut mengetahui mengenai keputusan meneruskan rancangan pembinaan penempatan haram Yahudi itu.
Pembinaan apartmen di timur Baitulmaqdis itu mencetuskan kemarahan rakyat Palestin yang mendakwa tempat itu sebagai ibu negara mereka bagi negara Palestin yang merdeka.
Kelulusan itu juga bakal merosakkan lagi usaha Amerika Syarikat (AS) cuba memujuk Palestin supaya tidak meneruskan usaha mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara pada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan depan.
Pembinaan 1,600 penempatan haram itu sebelum ini menyebabkan hubungan diplomatik antara Israel dan AS tegang pada tahun lalu apabila ia memperolehi kelulusan awal daripada menteri berkenaan ketika lawatan Naib Presiden Joe Biden ke Israel. - AGENSI, utusan

No comments: