Pages

Friday, August 12, 2011

Dituduh rompak 11 pekerja asing

SHAH ALAM: Seorang kakitangan Jabatan Imigresen dan tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merompak 11 pekerja asing di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan di sini, bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Fitri Mohd Yusof, 25, dua wakil insurans, Muhammad Ashraf Jahari, 23, dan Azrul Syah Abdul Moin, 27, serta peniaga pasar malam, Mohd Faisul Sulaiman, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Semua mereka juga meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar. Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa merompak semua mangsa di tapak projek perumahan Green Hill di Seksyen U10, di sini, kira-kira jam 2 pagi, pada 23 Julai lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.-hmetro

No comments: