KETUA Agensi Penguatkuasa Sempadan Britain, Brodie Clark dengan timbunan kokain yang dirampas. |
Kokain yang dijumpai di dalam kapal. |
LOUISE...kapal mewah yang ditahan di Pelabuhan Southampton |
Menurut sumber, harga sekilogram kokain telah meningkat dari 30,000 pound (RM150,000) pada tahun 2008 kepada 55,000 pound (RM275,000) sekarang.
Semalam, enam anggota kumpulan jenayah terbabit, termasuk seorang warga Belanda yang berusia 60 tahun dan tiga anak lelakinya telah ditahan di Belanda.
Polis turut merampas 100,000 euro (RM432,250), dua motosikal Harley Davidson, dua pucuk senjata, penyenyap dan pil ecstasy.
Pihak berkuasa mengetahui tentang kapal mewah sepanjang 65 kaki ketika ia berlabuh di Pulau Virgin pada Mei lalu.
Anggota keselamatan memerhatikan kapal itu diangkut oleh kapal pengangkut bersama 30 kapal yang lain dalam perjalanan merentas Atlantik ke Belanda, melalui pelabuhan Southampton.
Penyiasat percaya, sindiket itu akan memunggah dadah itu di situ sebelum mengedarkan majoriti daripadanya ke Britain, yang merupakan pasaran dadah terbesar di Eropah.
Pasukan kastam berjaya menahan kapal itu di Southampton dan pakar telah menghabiskan masa selama enam hari mengesan dadah terbabit.
Sementara itu, pemilik kapal itu mengugut mahu saman sehingga 750,000 pound (RM3.6 juta) sekiranya kapal itu tidak dilepaskan.
Pihak berkuasa di sempadan cuba melengahkan masa dengan mengatakan kapal layar itu rosak di pelabuhan dan tidak boleh dilepaskan.
Alasan yang diberikan berdasarkan fakta kerana dengan membuka dinding kapal layar itu menjadikan ia tidak selamat lagi.
Menteri Imegresen Damian Green berkata, “Rampasan ini hasil kerjasama dengan rakan antarabangsa kami.” - DMhmetro
No comments:
Post a Comment