BEBERAPA ahli keluarga Nik Fatimah mengutip barang-barang selepas rumah mereka hangus dijilat api di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal kelmarin. |
KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang warga emas mendapat wang pampasan kemalangan serta zakat tidak berpanjangan apabila rumahnya hangus dijilat api dalam kejadian di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, wang pampasan kemalangan berjumlah RM3,000 dan wang zakat RM350 milik mangsa, Nik Fatimah Embong, 60, hangus menjadi abu.
Dia yang juga ibu tunggal berkata, wang itu diterimanya kira-kira dua minggu lalu ekoran kemalangan motosikal yang dialaminya tahun lalu.
“Baru-baru ini, saya juga dapat wang zakat sempena Ramadan sebanyak RM350. Semua duit itu saya simpan di dalam almari dan bercadang untuk menggunakannya sempena Hari Raya Aidilfitri nanti,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.kosmo
No comments:
Post a Comment