Pages

Friday, August 5, 2011

Mayat lelaki, wanita ditemui dalam kereta


QATIF: Polis melancarkan siasatan berhubung penemuan dua mayat dalam sebuah kereta di sebuah garaj, semalam.
Kedua-duanya, seorang lelaki dan seorang wanita, didakwa mempunyai hubungan dan dikatakan bertemu secara sulit di garaj berkenaan.

Enjin kereta itu dibiar hidup ketika pasangan itu bertemu.

Polis berkata, asap karbon monoksida dari kereta berkenaan mungkin menyebabkan mereka mati.

Adik kepada lelaki yang mati itu menemui mayat pasangan terbabit selepas membuka garaj berkenaan.

Di Riyadh, seorang lelaki gagal mengawal keretanya apabila sistem kawalan panduan terkunci pada kelajuan 180 kilometer sejam di Lebuh raya Qassim, semalam.
Lelaki itu yang memandu pikap, dalam perjalanan dari Riyadh ke Qassim pada tengah malam apabila sistem kawalan kenderaannya rosak. Peronda lebuh raya mengiringi kereta itu sepanjang perjalanan, termasuk memastikan tiada halangan di lebuh raya itu.

Kenderaan itu akhirnya berhenti sendiri apabila kehabisan minyak. - ANhmetro

No comments: