Pages

Friday, August 5, 2011

Turun teksi serah bayi


MELAKA: “Isteri saya tidak tahu apa-apa dan menerima bayi itu apabila diserahkan seorang wanita tidak dikenali petang Sabtu lalu,” kata pekerja syarikat konsesi pembersihan, Mohd, 59, berhubung kejadian isterinya menerima seorang bayi lelaki, Sabtu lalu.
Menurut Mohd, ketika kejadian isterinya menyapu sampah di halaman rumah apabila tiba-tiba sebuah teksi berhenti dan muncul seorang wanita tidak dikenali yang tergesa-gesa dan bertanya sama ada isteri saya mahu memelihara bayi.

“Dia menyerahkan bayi itu sehelai sepinggang, hanya berbalut kain batik apabila isteri saya bersetuju. Bayi itu sihat dan saya membeli semua barangan keperluannya termasuk susu, lampin dan pakaian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Terdahulu, dia dan pasangannya memperoleh perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak itu selepas diputuskan Majistret Muhammad Hazri Hanafi, semalam.

Permohonan hak penjagaan sementara itu dipohon melalui Pelindung Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, Muslim Abdullah dan Nurhezlin Jaafar.

Pegawai itu memaklumkan mahkamah bayi terbabit adalah mangsa seperti dinyatakan dalam Perenggan 17(1) (e), Akta Kanak-Kanak 2001 yang disyaki dilakukan ibu kandung.hmetro

No comments: