Pages

Friday, August 5, 2011

Sembunyi dadah RM1.4 bilion dalam badan bot




BENTUK bot kecil yang membawa dadah diletakkan di pelabuhan Southampton, Britain. [gambar kecil] SEJUMLAH bungkusan dadah disembunyikan di dalam bot.


SOUTHAMPTON, Britain - Sekumpulan pengedar dadah cuba menyeludup 1.2 tan kokain bernilai £300 juta (RM1.4 bilion) dengan menyembunyikan dadah berkenaan di dalam badan sebuah bot kecil, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan penjenayah itu seterusnya menggunakan khidmat sebuah kapal kargo untuk mengangkut bot tersebut dari Venezuela di Amerika Selatan menuju ke Belanda.
Namun, komplot mereka dipatahkan polis Britain yang merampas bot itu semasa kapal kargo berkenaan berlabuh di sini pada Jun lalu.
Serbuan dibuat setelah polis menerima maklumat mengenai bot sepanjang 20 meter itu ketika ia berada di Kepulauan Virgin, Laut Carribean, sebulan sebelum itu.
Masa enam hari diambil pihak berkuasa untuk mencari dadah itu di pelabuhan ini.
Polis akhirnya menemui kokain berkenaan disembunyikan di dalam badan bot itu di bawah platform menyelam di bahagian belakang bot.
"Rampasan ini adalah rampasan dadah terbesar di Britain, kata seorang pegawai Agensi Sempadan Britain, Brodie Clark.
Susulan penemuan itu, enam suspek anggota kumpulan penjenayah terbabit termasuk seorang lelaki berusia 60 tahun dan tiga anak lelakinya ditahan di Belanda pada Selasa lalu. - Agensikosmo

No comments: