Pages

Thursday, January 28, 2010

Dr. M: Pakatan tidak akan kekal

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Gabungan pakatan pembangkang merupakan marriage of convenience (perkahwinan mutaah) yang tidak akan kekal lama, demikian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulanginya hari ini.

"Tidak ada apa-apa persamaan antara Pas, DAP dan PKR. Ia hanya marriage of convenience dan ia tidak kekal lama," katanya kepada pemberita selepas melawat I-City di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergesaran antara Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS.

Mengenai isu dakwaan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, oleh seorang penulis blog baru-baru ini, Dr Mahathir, yang juga seorang penulis blog, berkata penulis blog tidak wajar menyatakan sesuatu yang tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun.

"Kenapa guna blog untuk mencerca orang dan membuat tuduhan yang anda tidak dapat pertahankan? Saya ada banyak artikel dalam blog saya berbanding penulis blog lain. Saya tidak fikir mereka akan menahan saya setakat ini," katanya dengan nada gurau. - BERNAMA.
Add to Google

No comments: