Pages

Monday, September 5, 2011

Kastam patah sindiket seludup gading gajah RM3 juta

PENOLONG Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Zainul Abidin Taib (kiri) menunjukkan gading gajah yang dirampas di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini, hari ini. Foto Che Rani Che Din, bharian
PELABUHAN KLANG: Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor merampas 695 gading gajah seberat dua tan bernilai RM3 juta yang ditemui di dalam salah satu daripada dua kontena yang diisytiharkan berisi plastik hancur kitar semula (recycle crush plastic) hari ini.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Zainul Abidin Taib memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, kontena yang disyaki mengandungi gading gajah itu ditahan di Pelabuhan Barat di sini pada Jumaat lepas dan pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan pagi ini.
Beliau berkata Kastam Selangor membuat penahanan itu selepas mendapat maklumat daripada Bahagian Penguatkuasaan Kastam Pulau Pinang bahawa terdapat dua kontena bersaiz 20 kaki (6.09 meter) yang disyaki dimuatkan dengan gading gajah berada di Pelabuhan Barat.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan pasukan Kastam mendapati 92 beg plastik dimuatkan di bahagian tengah sebuah kontena tersebut berisi gading gajah bersama barangan 'recycle crush plastic'", katanya.


Maklumat awal siasatan mendapati gading gajah ini berasal dari Tanzania dan akan dihantar ke China sebelum dieksport semula ke negara-negara rantau Asia, katanya. - Bernama


No comments: