Pages

Monday, July 2, 2012

Wanita Jordan suka merokok

Berita Harian | Wanita Jordan suka merokok:
Amman: Rakyat Jordan menghabiskan berjuta-juta dolar setiap tahun untuk rokok manakala lebih ramai wanita di negara itu menghisap rokok berbanding lelaki laporan. 

Faktor sosial tidak menghalang bilangan perokok wanita daripada terus meningkat setiap tahun sehingga melebihi golongan lelaki, kata laporan Expenses Survey bagi tahun 2010. Malah, ada wanita yang lebih gemar memilih paip yang dipanggil narghile (shi sha) berbanding rokok kerana mereka mendapati ia lebih menghiburkan walaupun kosnya mungkin lebih tinggi. 

Penghisap narghile berkata mereka menghabiskan antara 400 - 600 (RM1,800 - RM2,700) dinar setiap bulan . 

Ketua Jabatan Kesedaran di Kementerian Kesihatan Jordan, Malek al-Habashna berkata penduduk Jordan membelanjakan kira-kira 352 juta dinar untuk merokok dan angka berkenaan dilaporkan meningkat kepada 481 juta pada 2010. - Agensi

No comments: