Pages

Monday, July 2, 2012

Penduduk bantah penempatan peluru berpandu



Penduduk London mengadakan protes pada 30 Jun lalu terhadap rancangan kerajaan untuk menempatkan peluru berpandu darat ke udara di atas bumbung flat kediaman mereka dekat Taman Olimpik London dengan menyatakan rancangan itu mencabul hak asasi penyewa flat di situ. - AFP
LONDON 1 Julai - Penduduk di timur London, semalam berarak melalui kawasan kediaman Bow bagi menentang cadangan kerajaan menempatkan peluru berpandu darat ke udara di bumbung flat yang disewa penduduk di kawasan kediaman itu.
Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di jalan-jalan raya bagi menyatakan bantahan, manakala peguam mereka pula memfailkan tindakan undang-undang, kelmarin dengan menyatakan rancangan tersebut melanggar hak asasi penyewa di situ.
Mereka membawa kain rentang tertera perkataan 'Hentikan Krisis Peluru Berpandu di East End'' dan 'Jangan memperjudikan nyawa kami'.
Kementerian Pertahanan Britain menimbang untuk menempatkan senjata berkenaan di enam kawasan di ibu negara ini bagi membantu menghadapi sebarang kemungkinan serangan udara ketika Sukan Olimpik berlangsung hujung bulan ini termasuk di Bow.
Walaupun cadangan itu masih belum disahkan, penunjuk perasaan marah kerana enam lokasi telah dipilih dengan sebahagian merupakan kawasan perumahan di Bow dan Leytonstone.
Dalam pada itu, ketika banyak pihak menentang rancangan tersebut, kerajaan dilihat akan melaksanakan inisiatif berkenaan.
Ketua-ketua tentera berkata, mereka berharap dapat 'mengurangkan kebimbangan rakyat' berhubung rancangan tersebut.
Mereka berkata, peluru berpandu Rapier dan peluru berpandu jenis halaju tinggi merupakan 'pendekatan yang mencukupi' untuk mengawal keselamatan sepanjang Sukan Olimpik.
Peluru berpandu itu telah dipamerkan di Pusat Kadet Tentera Blackheath, tenggara London ketika diadakan ujian keselamatan darat, laut dan air, baru-baru ini. - AGENSI

No comments: