BEIRUT 1 Julai - Tentera Syria didakwa membunuh lebih 30 orang semalam apabila mereka melancarkan bom mortar ke arah satu perarakan pengebumian seorang lelaki yang maut dalam satu serangan sehari sebelum itu.
Aktivis berkata, satu rakaman video oleh orang awam yang disiarkan di satu laman web menunjukkan bom itu mengenai kumpulan perarakan tersebut.
Satu lagi rakaman video menunjukkan kesan selepas serangan bom mortar itu di mana mayat-mayat dilihat bergelimpangan.
Pamantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, jumlah kematian dijangka meningkat, selain mereka yang cedera teruk.
No comments:
Post a Comment