Pages

Monday, July 2, 2012

KISAH NABI IBRAHIM A.S. DENGAN SEEKOR BURUNG KECIL


DI DALAM TAFSIR IBNU KATHIR, ada diceritakan mengenai seekor burung kecil yang cuba memadam api, yang membakar Nabi Ibrahim a.s... Sesungguhnya tatkala Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi, cuba memadamkan api tersebut, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…

SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar... Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu.... Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu... 

TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”......

Jadi, bukanlah, umpamanya, persoalan BERJAYA ATAU GAGAL mengalahkan Yahudi Zionis yang harus kita bicarakan, tapi tentang usaha dan ikhtiar yang harus kita lakukan... Usaha dan ikhtiar untuk merawat luka saudara seagama yang sedang ditindas di sana....

DEMIKIAN juga dalam perkara2 lain....

2 comments:

Anonymous said...

siapa perawi hadith ? itu amat penting untuk mementukan samada hadis tu sahih atau daif

Mas Sukri said...

Tak ada hadith pasal burung nie