Pages

Monday, July 2, 2012

Krisis Syria: AS kurang yakin dengan peralihan kuasa

Krisis Syria: AS kurang yakin dengan peralihan kuasa - Global - Sinar Harian:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton
GENEVA - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton mengakui tiada jaminan bahawa persetujuan masyarakat antarabangsa yang baru ke atas Syria akan mampu menamatkan konflik kerana bilangan yang maut terus meningkat sejak kebelakangan ini.

“Tiada sebarang jaminan yang kita akan berjaya melalui perjanjian ini, (sebenarnya) saya tidak suka berkata demikian," kata Clinton kepada CNN.

Tetapi beliau melahirkan keyakinan yang keputusan terbaru diumumkan Sabtu lalu akan meringankan beban Presiden Bashar al-Assad.

Pelan pertama, yang disokong Rusia dan China serta negara-negara Barat, memerlukan sebuah peralihan kerajaan bagi menamatkan konflik yang berlarutan lebih 16 bulan itu.

Pihak pembangkang terus mengkritik perjanjian itu sebagai satu kemungkinan bahawa Bashar akan terus berkuasa.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria menegaskan perjanjian ini seperti  satu pelan yang kurang difahami dengan bahasa yang kurang jelas.

“Ini menyediakan peluang  bagi rajim meneruskan permainan kegemaran mereka, menggunakan masa bagi menggagalkan Revolusi Syria menerusi kekerasan dan pembunuhan beramai-ramai di seluruh Syria,” katanya.

No comments: