Pages

Monday, July 2, 2012

PM Israel hantar surat kepada Presiden Mesir



BAITULMAQDIS 2 Julai - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghantar surat kepada Presiden Mesir baru, Presiden Mohamed Morsi, semalam dan menggesa beliau untuk menegakkan perjanjian damai antara kedua-dua negara berkenaan.
Surat itu, yang dilaporkan oleh Haaretz Harian semalam, “menegaskan mengenai keinginan Israel untuk meneruskan kerjasama dan mengukuhkan keamanan," lapor satu sumber, yang tidak didedahkan.
Menurut sumber itu lagi, surat tersebut dikirim melalui kedutaan Israel di Kaherah dan dihantar beberapa hari lalu kepada Morsi, yang bertanding sebagai calon gerakan Ikhwanul Muslimin. - AFP

No comments: