TEL AVIV - Ribuan penduduk Israel mengadakan demonstrasi di beberapa bandar utama di seluruh negara, kelmarin untuk meneruskan protes sosial yang diadakan sejak beberapa bulan lalu.
Kumpulan penunjuk perasaan itu turut berarak sambil melaungkan beberapa slogan seperti 'Jalan terbaik untuk penswastaan adalah revolusi'.
Siaran radio tempatan melaporkan, pihak berkuasa turut ditempatkan di sekitar kawasan demonstrasi tersebut diadakan bagi mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal.
Kebanyakan penunjuk perasaan menuntut hak sama seperti dituntut sebelum ini.
Mereka berterusan menggesa kerajaan mengurangkan kos harga makanan, pembelian rumah dan pendidikan dikurangkan. Israel turut terkena tempias kebangkitan rakyat sejak
setahun lalu selepas hampir 500,000 penduduk di Tel Aviv turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mengadakan protes ‘Satu juta penunjuk perasaan'.
Tunjuk perasaan itu dicetuskan oleh golongan pelajar yang sanggup membina khemah di tepi jalan kerana mereka membantah kenaikan kos harga rumah untuk penduduk kelas pertengahan.
Demontrasi tersebut turut memberi kesan terhadap kepimpinan Netanyahu yang kononnya dianggap kebal kerana menjadi sekutu kuat Amerika Syarikat (AS).

No comments:
Post a Comment