ISTAMBUL - Ankara menggerakkan enam jet pejuang di sempadan Turki-Syria kelmarin dipercayai ekoran tindakan Damsyik mula meletakkan helikopter-helikopter ke sempadan kedua-dua negara.
Perkembangan itu memperlihatkan peningkatan ketegangan antara Ankara dan Damsyik selepas Syria menembak jatuh pesawat pejuangnya lebih seminggu lalu.
Syria telah pun mengakui kesilapan menembak jatuh jet itu yang dikendalikan oleh dua juruterbang.
Kenyataan Angkatan Tentera Turki menyebut helikopter-helikopter Syria berada di ruang udara negara itu tetapi semakin dekat dengan sempadan.
Keenam-enam jet itu bergerak dua kali dari Incirlik dan sekali dari Batman, tambah kenyataan tentera itu.
No comments:
Post a Comment