Pages

Thursday, June 14, 2012

Yaman mahu teruskan usaha usir kumpulan militan

JAAR (Yaman): Yaman bertekad meneruskan usaha mengusir semua pemberontak yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda dari selatan negara itu dengan sokongan padu Amerika Syarikat.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas tentera mencatat kemenangan besar apabila menawan semula dua bandar strategik. Tiga serangan udara yang disasarkan ke bandar Azzan yang dikuasai pemberontak, membunuh sekurang-kurangnya 30 pejuang dan mencederakan puluhan yang lain, kata ketua tentera wilayah Shabwa, Kolonel Ahmed al-Maqdashi dalam satu kenyataan dimuat naik di laman web Kementerian Pertahanan. Serangan itu menyemarakkan lagi keazaman tentera selepas menawan semula bandar Jaar dan Zinjibar kelmarin, memaksa ratusan pemberontak melarikan diri. - Reuters

No comments: