Pages

Thursday, June 14, 2012

AS pengeluar minyak terbesar dunia 10 tahun lagi

MONTREAL: Amerika Syarikat menyaksikan peningkatan dramatik dalam pengeluaran minyak serta gas dan menjangka mampu mengatasi pengeluaran Russia dan Arab Saudi 10 tahun lagi.
“Beberapa jumlah pengeluaran minyak kami mengejutkan,” kata Pesuruhjaya Jabatan Sumber Bahan Semula Jadi di Alaska, Daniel Sullivan kepada panel pakar pada Forum Ekonomi Antarabangsa Amerika di Montreal. “Pada suku akhir tahun lalu, AS mengeluarkan enam juta tong minyak konvensional dan bukan konvensional sehari.

“Kami tidak pernah mencatatkan jumlah sebanyak itu sejak 15 tahun lalu.
“Sejak 2008, AS mengeluarkan 1.6 juta tong minyak tambahan dan pada tahun lalu, ia mencatatkan peningkatan terbesar dalam pengeluaran minyak berbanding negara bukan anggota OPEC,” kata Sullivan.

Jumlah itu sama dengan pengeluaran 9.923 juta tong sehari pada Mac lalu oleh Arab Saudi, pengeluar terbesar negara anggota OPEC dan 9.920 juta oleh Russia, menurut data yang disediakan oleh Organisasi Data Inisiatif Bersama. - AFP

No comments: