Pages

Thursday, June 14, 2012

MOSCOW: Menteri Luar Russia semalam mempertahankan penjualan senjata negaranya ke Syria. Sergei Lavrov sebaliknya menuduh Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada pemberontak Syria untuk memerangi kerajaan Presiden Bashar al-Assad. “Kami tidak melanggar sebarang undang-undang antarabangsa dalam memenuhi kontrak yang sudah ditandatangani,” kata Lavrov. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Teheran sebagai menjawab soalan mengenai penghantaran helikopter penggempur buatan negara itu kepada tentera Bashar. “Mereka (Amerika Syarikat) membekalkan senjata kepada pemberontak Syria,” katanya. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton kelmarin menuduh Russia menghantar kelengkapan perang itu kepada Damsyik baru-baru ini. - AFPEksport senjata Russia ke Syria ikut peraturan

MOSCOW: Menteri Luar Russia semalam mempertahankan penjualan senjata negaranya ke Syria.
Sergei Lavrov sebaliknya menuduh Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada pemberontak Syria untuk memerangi kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

“Kami tidak melanggar sebarang undang-undang antarabangsa dalam memenuhi kontrak yang sudah ditandatangani,” kata Lavrov.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Teheran sebagai menjawab soalan mengenai penghantaran helikopter penggempur buatan negara itu kepada tentera Bashar.

“Mereka (Amerika Syarikat) membekalkan senjata kepada pemberontak Syria,” katanya.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton kelmarin menuduh Russia menghantar kelengkapan perang itu kepada Damsyik baru-baru ini. - AFP

No comments: