JAKARTA - Gunung berapi Gamkonora yang terletak di Pulau Halmahera, daerah Halmahera Barat, Maluku Utara meletus pada pukul 11.55 pagi Rabu, menyemburkan asap setinggi 3,000 meter.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata abu letusan gunung berapi itu ditiup angin ke arah utara.
"Masyarakat tidak perlu berpindah kerana lokasi kawasan penempatan masyarakat berjarak 15km dari Gunung Gamkonora.
"Letusan gunung ini dilaporkan tidak memberi ancaman bahaya bagi masyarakat," kata BNBP dalam kenyataan, Rabu.
Antara tahun 1564 dan 1989, gunung berapi itu meletus sebanyak 12 kali dan letusan terbesar berlaku pada tahun 1673 sehingga mengakibatkan tsunami yang memusnahkan beberapa buah perkampungan di sekitarnya.
Gunung berapi setinggi 1,560 meter itu kali terakhir meletus pada tahun 2007 dan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat. - Bernama
No comments:
Post a Comment