Pages

Thursday, June 14, 2012

Pemain bola Palestin dituduh militan


AKTIVIS  memegang poster Sarsak (kanan),  Akram Rikhawi (tengah) dan Samir al-Baraka  ketika mengadakan bantahan di depan penjara Israel,   di  Ramallah, baru-baru ini. - Foto EPA
AKTIVIS memegang poster Sarsak (kanan), Akram Rikhawi (tengah) dan Samir al-Baraka ketika mengadakan bantahan di depan penjara Israel, di Ramallah, baru-baru ini. - Foto EPA
Eric Cantona, FIFA desak Israel bebas ahli sukan Arab dari penjara

LONDON: Tidak cukup menindas ahli politik dan penduduk awam, Israel juga mengganggu, menahan tanpa mendakwa pemain bola sepak Palestin termasuk membunuh mereka, dedah persatuan pemain bola sepak profesional dunia (FIFPro).

FIFPro dalam satu kenyataan menyatakan kebimbangan dengan keadaan ramai pemain bola sepak profesional di Palestin.
“Ada cerita mereka diganggu, ditangkap malah dibunuh,” katanya.
FIFA, turut menggesa Persatuan Bola Sepak Israel menghubungi pihak berkuasa bertanggungjawab supaya membebaskan Sarsak dan pemain lain yang ditahan.

Ia menyebabkan ikon sukan Perancis dan Manchester United, Eric Cantona, menyertai desakan antarabangsa supaya seorang daripada pemain bola sepak Palestin, Mahmud Sarsak, yang melakukan mogok lapar di penjara Israel, segera dibebaskan.

Sarsak, 25, ditahan pada 2009 selepas keluar dari Gaza untuk menandatangani perjanjian dengan pasukan bola sepak Tebing Barat.

Tiga tahun kemudian, ahli sukan itu berada di klinik penjara Israel selepas tidak makan 80 hari bagi membantah tindakan rejim Zionis menahan tanpa mendakwanya. 
Sarsak dilahirkan di Gaza dan ketika remaja pernah bermain beberapa kali dengan pasukan kebangsaan Palestin di Eropah dan Asia Barat.

Pegawai Israel menyifatkan Sarsak sebagai pejuang Islam yang merancang serangan dan pengeboman tetapi tidak membuat dakwaan.

“Ini masanya menamatkan tindakan Israel dan bertegas pada keadilan dan penghormatan sama kepada undang-undang antarabangsa yang kita tuntut daripada negara lain,” menurut surat itu.

Surat itu dihantar kepada Menteri Sukan Britain, Hugh Robertson dan Presiden UEFA, Michel Platini.

Cantona juga menekankan, Israel perlu terikat kepada peraturan sama seperti hos bersama Kejohanan Piala Eropah 2012 (Euro 2012), Poland dan Ukraine.

Pengkritik hal-ehwal antarabangsa berhaluan kiri, Noam Chomsky dan pengarah filem, Ken Loach, turut menandatangani surat bantah itu. – AFP

No comments: