Pages

Tuesday, June 5, 2012

Wanita wajib pakai tudung

myMetro | Wanita wajib pakai tudung:

JAKARTA: Golongan wanita tidak kira penduduk atau pengunjung di Tasikmalaya, Jawa Barat, akan diwajibkan memakai tudung sebagai menguatkuasakan Undang-undang Syariah.
Setiausaha Bandar Tasikmalaya, Tio Indra Setiadi berkata, “Kami membuat persiapan terakhir peraturan bandar supaya (Ordinan Nilai Hidup Masyarakat berlandaskan Islam) boleh dikuatkuasa secepat mungkin.” 
Katanya, “Diharapkan ia dapat diselesaikan bulan ini supaya ia dapat dikuatkuasa serta-merta.”

Tio berkata, pengurusan bandar mungkin perlu menubuhkan Polis Syariah untuk tujuan penguatkuasaan kerana Polis Nasional tidak boleh menangani kesalahan undang-undang Syariah.

Katanya, penguatkuasaan ordinan itu berlainan dari yang dibuat di Aceh kerana kes-kes itu tetap perlu dibawa di mahkamah sedia ada.

“Penguatkuasaan undang-undang di sini akan berbeza daripada di Aceh. Sebagai contoh, tiada sebatan akan dikenakan. Ordinan ini bertujuan mendidik orang ramai supaya hidup dengan tatacara Islam,” katanya.

Ordinan yang ditandatangani pada 24 September, 2009, oleh Datu Bandar Tasikmalaya, Syarif Hidayat, digubal kerana penduduk tempatan bimbang globalisasi akan memudaratkan mereka di bandar yang terkenal dengan bilangan sekolah agama yang banyak.

Ordinan itu mewajibkan semua orang Islam dewasa supaya menutup aurat, iaitu bahagian badan yang mesti ditutupi dalam Islam.

Lima belas kesalahan lain turut disenaraikan seperti rasuah, pelacuran dan zina, homoseksual, perjudian, minum arak, penyalahgunaan dadah, ilmu sihir, pornografi, riba, pembunuhan, menyebarkan kultus dan pengguguran janin.

Speaker Majlis Bandaraya Tasikmalaya, Ruhimat berkata, ordinan itu diluluskan kerana 99 peratus penduduk tempatan adalah orang Islam dan bukan disebabkan tekanan daripada kumpulan Islam.

Dia tidak bimbang mengenai kesan undang-undang ke atas penganut agama lain.

“Hanya satu peratus penduduk bukan Islam,” katanya. - Jakarta Post

'via Blog this'

No comments: